Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)
Minggu, 08 Mei 2016
doa,
doa minta hujan,
doa turunkan hujan,
hujan,
istisqa',
solat sunat,
solat sunat istisqa,
solat sunat minta hujan,
turun hujan
Edit
Judul : Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)
link : Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)
Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)
Dengan musim el-nino, kemarau panas dan tidak menentu, kita benar-benar mengharap rahmat-Nya mendinginkan musim. Moga sahaja usaha dan doa kita, diterima dan dimakbulkan, insya-Allah. Jadi jom kita terus berusaha!
Kaedah Melakukan Solat Sunat Istisqa’
A) Persediaan sebelum melakukan Solat Sunat Istisqa’:
1. Berpuasa sunat selama tiga hari.
2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
3. Melakukan Solat Sunat Taubat.
4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.
B) Tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:
1. Berdoa secara individu atau beramai-ramai.
2. Diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat.
3. Kaedah terbaik adalah mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah.
Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah digalakkan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian biasa, sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk Solat Sunat Istisqa’.
Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama, imam/khatib hendaklah membaca istighfar sebanyak 9 kali dan 7 kali pada khutbah kedua.
Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Istisqa':
Rakaat Pertama
a) Lafaz dan niat solat sendirian: niat solat istisqa'
b) Lafaz dan niat solat berjemaah:
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5) Membaca surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
2) Membaca surah al-Fatihah
3) Membaca Surah al-Qur’an
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Doa mohon turunkan hujan
“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”
“Ya Allah! Bantulah kami. Ya Allah! Bantulah kami. Ya Allah! Bantulah kami.”
Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”
Jom teruskan doakan baik-baik untuk semuanya!
Rujukan:
Niat, doa minta hujran dan butiran: shafiqolbu.wordpress.com
Cara solat dan ebook: hafizfirdaus.com
Demikianlah Artikel Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)
Sekianlah artikel Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cara Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan) dengan alamat link https://cheatterbaru2.blogspot.com/2016/05/cara-solat-sunat-istisqa-minta-hujan.html