Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)
Jumat, 24 Maret 2017
ambil lesen,
kenangan,
lesen kereta,
memori,
pengalaman,
pengalaman ambil lesen kereta,
pengalaman ambil lesen L,
pengalaman ambil lesen P,
RPK,
RSM,
TENTANG ANEM =),
Tips,
Tips lulus ujian memandu,
Ujian JPJ
Edit

Judul : Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)
link : Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)
Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)

Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.
PENGALAMAN SAYA
Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test JPJ hanya kerana saya gagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.
Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.
Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus.
Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil, cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah tapi..hmm)
Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang berguru dengan mereka tersebut.
Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
*****
KEADAAN TELAH BERUBAH
KEADAAN TELAH BERUBAH
Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)
Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P)
(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah, rujuk pada nota asal anda.)
![]() |
Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas) |
![]() |
Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas) |
Daftar, ceramah & Ujian berkomputer
Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri. KPP 01: kenalah dengar ceramah (dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk). Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan, sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu. Pusing-pusing tang tu juga.
Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.
Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka sebut:
"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."
Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar betul.
Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal. Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).
QT1 (Latihan amali / pra-ujian)
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay punya!
Nota:
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati enjin.
Tips naik bukit:
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit, minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah perlahan-lahan.
Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)
Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.)
Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah, perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja. Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka.
Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha.
Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah 3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi.
Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna teknik hafaz ni.
Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya. Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat pegawai.
REZEKI
Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
Perkongsian:
KPP02:
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)
Ujian kpp 02: Litar Kereta:
Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:
- Alin Alina untuk Nota RPK & RSM
- Pengalaman ini agak lengkap (bab ujian di litar) : fatihahsyam.blogspot.my
- Ulangkaji parking sisi, 3 penjuru, Z, S & Bukit: airia98.blogspot.my
- Cerita Ujian JPJ - nineteencapri.blogspot.my
- dotdotmissme.blogspot.com (Lebih kurang tahun saya).
- fa-hanana.blogspot.my (Kata-kata semangat nak ambil lesen).
Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah (berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain. Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu. Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti.
Saya ulang sekali lagi, kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda.
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama, tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)

Demikianlah Artikel Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)
Sekianlah artikel Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nota RPK, RSM & Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ) dengan alamat link https://cheatterbaru2.blogspot.com/2017/03/nota-rpk-rsm-pengalaman-ambil-lesen.html