agen bola online agen poker online
Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun - Cheater251 | Free Download Cheat LostSaga, PointBlank, First Blood 2017

Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun

Fast Download
Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun - Hallo sahabat Cheater251 | Free Download Cheat LostSaga, PointBlank, First Blood 2017, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Fara Fauzana, Artikel Fara Fauzana berhenti jadi DJ, Artikel hiburan, Artikel Hot FM, Artikel inspirasi, Artikel kenangan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun
link : Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun

Baca juga


Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun

Fast Download

Sudah lama sejak kali pertama terdengar ada sebuah stesen radio baru yang akan menyaingi stesen radio yang popular ketika itu. Tahun 2006; saya masih lagi belajar di salah sebuah negeri di Malaysia. Paling menarik perhatian saya saat itu apabila juruhebah / penyampai (DJ) yang akan menyertai radio tersebut adalah salah seorang DJ kegemaran saya; Fara Fauzana (Selain Anne; pengacara rancangan kanak-kanak hugo). Saya amat meminati personaliti Fara ketika dia masih menjadi perantara skuad info trafik di stesen radio sebelumnya lagi (namun saya akui jarang mendengar dia ke udara waktu malam di radio tersebut selepas itu) selain saya selesa melihat dia sebagai pengacara di sebuah stesen televisyen. 

Saya ingat lagi (dahulu) ketika itu saya tidaklah sebegitu berani dan berdikari untuk menuju ke mana-mana seorang diri (tambah-tambah di sebuah negeri yang sedikit asing bagi saya), namun kerana terdengar Hot FM akan mengadakan perjumpaan dengan peminat (sebagai promosi) di salah sebuah pasaraya di negeri itu, saya yang gagal mengajak rakan-rakan meneman, akhirnya sanggup pergi sendiri dengan menaiki bas. Berdebar sungguh. Bukan kerana Fara, tapi kerana tidak tahu nak pergi bagaimana, dan keadaan apa yang bakal saya berdepan. Namun keramahan dan celoteh Fara dan kawan-kawan (waktu itu ada Faizal Ismail, AG, Sharifah Aleeya, Seelan dan beberapa lagi) pada perjumpaan itu, terus memadamkan rasa penat saya. Saya bukan sahaja memperoleh tandatangan, dapat bergambar dan berbual dengan mereka, malah saya berjaya membawa pulang senyuman yang panjang, Kenangan sungguh.


Saya tidak ada memori indah dengan pernah menyertai apa-apa pertandingan melalui radio ini selain pengalaman dapat berjumpa beberapa DJ Hot FM bersama keluarga saya sebelum tu, dan kemudian ketika zaman saya belajar. Namun menarik dan seronoknya masa di awal kemunculan radio ini kerana segmen panggilan hangitnya (sekitar 2009). Bukan sahaja waktu itu hanya usikan kecil sahaja malah jenakanya juga bersahaja (tidak melampau). Dan ia menjadi koleksi peribadi selain dikongsi dengan teman-teman belajar (ketika itu). Malah gandingan Faizal Ismail (FBI) dan Fara sangat menjadi dalam segmen gelak sakan AM krew. Mereka bukan sahaja serasi, malah lawak mereka yang tidak tipikal dan sangat spontan begitu mencuit.  Layan. ~


Namun kini, stesen radio ini kelihatan seakan serba tak kena. Perlu ada pembaikan. Namun harus dipuji kerana sudah ada segmen belajar bahasa inggeris dan selalu memberi ruang untuk juruhebah baru ke udara, selain topiknya yang mengikut peredaran semasa.

Apa yang menarik dan yang saya belajar daripada wanita bersahaja dan manis ini?
  • Bermula dari bawah 
  • Seorang yang tidak mengalah dan memulakan kerjayanya dari bawah. Seorang yang selalu ingin belajar dan tidak takut mencuba perkara baru.
  • Selalu mahu belajar dan memberi
  • Menyedari apa yang dia adalah adalah nikmat dari Tuhan, beliau sedar ia harus dikongsikan. "Sebab saya berhenti dari Hot FM pun kerana saya mahu meluangkan masa lebih untuk diri sendiri selain melakukan perkara lain termasuklah memberi ceramah tentang penyiaran radio di universiti dan kolej," katanya kepada mStar Online.
  • Tetap rendah diri
  • Tidak pernah merasa diri tinggi dan begitu dikenali (walaupun berkali-kali memenangi anugerah penyampai radio popular dan pengacara tv popular). Masih rendah diri, mudah didekati dan merasakan ilmunya masih lagi kurang.
  • Tekad dan berprinsip
  • Orangnya mempunyai banyak cita-cita. Dan mempunyai perancangan yang jelas dalam hidup. Seorang yang begitu berhati-hati merancang.
"Saya cuma berhenti sebagai penyampai radio buat masa ini dan mana tahu pada masa hadapan saya akan kembali.

Sepanjang berada di Hot FM saya sudah memberikan yang terbaik dan sudah masanya saya lakukan sesuatu untuk diri sendiri termasuk mendekatkan diri kepada Allah dan ilmu keagamaan.

Saya sudah agak lama berfikir untuk berhenti namun keputusan itu saya berbincang dengan Seelan sebagai ketua dan Alhamdulillah dia terima dengan baik walaupun terkejut.

Seelan dan rakan-rakan lain banyak memberi nasihat kepada saya sebagai persediaan untuk berhenti dan ia bukan mudah sebenarnya," ujarnya.

Memetik kata-kata Fara di akhir dia bekerja sebagai penyampai di radio Hot FM:
"Inspirasi ... Ayat tu berat! I'm just a normal girl."
"Saya inspirasi awak? SALAH! Sebab awak inspirasi saya pergi ke studio setiap pagi.
"Kejayaan saya sebenarnya adalah dengan bantuan anda."
"Terus dengarkan Hot FM. Dan jangan lupakan saya."

Buat Hot FM, teruslah menyebarkan yang baik-baik dan menjadi sumbang saran utama dalam setiap langkah ke hadapan. Moga maju jaya dengan perubahan. Buat AG, Ikhwan dan Liza, semoga memberikan sesuatu yang lebih baru dan lebih baik untuk pendengar baru di stesen baru nanti (selain peminat sedia ada). Buat Fara pula, terima kasih kerana menjadi inspirasi sebagai penyampai sehingga membuatkan saya (ramai pastinya) terhibur dan mungkin pernah bercita-cita menjadi DJ dan pengacara hanya kerana mendengar dia berceloteh. Saya yakin dia akan berjumpa dengan kebahagiannya nanti dan akan terus menyumbang dalam bidang ini, Semoga berjumpa apa yang Fara cari dan sentiasa diiringi petunjuk dan redha-Nya dalam apa jua yang Fara lakukan, insya-Allah. 






Biodata Fara Fauzana
Nama sebenar:    Farah Fauzana binti Mohd Fadzil
Tarikh Lahir:    7 Februari 1980 (Hospital Assunta, Petaling Jaya)
Tempat tinggal: Kuala Lumpur
Warganegara: Malaysia
Nama lain: Fara Fauzana atau FaFau
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam
Pendidikan: Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
Pekerjaan: Pelakon (drama dan filem), Pengacara, Penyampai Radio & berkaitan.
Facebook Fara | Instagram Fara | Twitter


*Babak hangit hot fm boleh lihat di youtube
*Sumber gambar dan berita: E | Mstar | Koo

"Terima kasih untuk 10 tahun kenangan yang terindah. Sekian." - Fara


Untuk semua, terima kasih juga sudi baca. :)



Fast Download


Demikianlah Artikel Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun

Sekianlah artikel Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fara Fauzana Berhenti, Hot FM 10 Tahun dengan alamat link https://cheatterbaru2.blogspot.com/2016/02/fara-fauzana-berhenti-hot-fm-10-tahun.html