agen bola online agen poker online
Kenapa & ada apa dengan Rohingya? - Cheater251 | Free Download Cheat LostSaga, PointBlank, First Blood 2017

Kenapa & ada apa dengan Rohingya?

Fast Download
Kenapa & ada apa dengan Rohingya? - Hallo sahabat Cheater251 | Free Download Cheat LostSaga, PointBlank, First Blood 2017, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa & ada apa dengan Rohingya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Ada apa dengan Rohingya, Artikel Isu semasa, Artikel Muslim Rohingya, Artikel Myanmar, Artikel Rohingya, Artikel Selamat Malam Rohingya, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa & ada apa dengan Rohingya?
link : Kenapa & ada apa dengan Rohingya?

Baca juga


Kenapa & ada apa dengan Rohingya?

Fast Download
Kredit gambar: Zoriah.
Sudah lama terjadinya permusuhan kaum dan agama antara kedua-dua komuniti (Muslim dan Buddha) di Arakan (kini dipanggil Rakhine, terletak di barat Myanmar) ditambah pula dengan dasar-dasar dan amalan diskriminasi oleh pihak berkuasa.

Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Rakhine dikenali sebagai wilayah yang kaya dengan sumber alam. Tetapi kenyataannya kemiskinan di sana juga tinggi.
"Siapa yang tidak ambil peduli tentang kaum Muslimin, maka dia bukanlah dalam kalangan mereka." (Hadis riwayat al-Tabarani)
Apabila Myanmar merdeka, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun terdahulu dan daripada 134 etnik di Myanmar seperti Karen, Chin dan Mon, Rohingya tidak diiktiraf sebagai etnik di bumi Myanmar. Rohingya telah mengalami sekatan ke atas perkahwinan, kebebasan bergerak, amalan agama dan pelbagai lagi pencabulan hak asasi manusia.

KENAPA INI BERLAKU?
Secara umum ramai berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar adalah masalah agama. Tetapi ada juga yang berkata ia bersifat politik dan ekonomi. Golongan muslim Rohingya adalah golongan minoriti yang masih tidak diterima sebagai warganegara di Myanmar. Hak mereka masih dinafikan.

Malahan ditambah pula dengan kempen seorang sami Buddha yang berpengaruh di Myanmar, Ahsin Wirathu (yang mengetuai kumpulan extremis anti-islam) dalam ceramah-ceramahnya tentang kebencian terhadap islam dan etnik Rohingya. Belum lagi dengan kegagalan campur tangan pihak berkaitan dalam menyelesaikan konflik ini.


SIAPAKAH MUSLIM ROHINGYA?
Secara umumnya, Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan (kini dikenali sebagai Rakhine), terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. 

Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong. Jumlah mereka mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine. Ketika berlaku perang etnik pada tahun 1942, Rohingnya melarikan diri ke Bangladesh dan sekembalinya mereka ke Myanmar, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. 

Rohingya adalah bumiputra Myanmar yang sedang ditindas, dirompak, dirogol, disiksa dan dibunuh beramai-ramai oleh rejim Myanmar, sami-sami dan orang-orang Buddha di Myanmar semata-mata kerana orang Rohingya beragama Islam. Penghapusan etnik Rohingya adalah tajaan rejim Myanmar dan dipromosi oleh sami-sami Buddha dan dilaksanakan oleh orang-orang Buddha di Myanmar.


APA YANG TERJADI DI ROHINGYA SEBENARNYA?
Rejim Myanmar telah cuba menggunakan paksaan dan jenayah kemanusiaan untuk menghalau orang Islam Rohingya keluar dari Myanmar (Burma) dan membawa masuk orang Buddha untuk merampas tanah dan harta benda orang Islam Rohingya. Dasar penghapusan etnik Rohingya oleh rejim Myanmar telah menyebabkan lebih dari satu juta orang Islam Rohingya menjadi pelarian di negara asing.

BERMULANYA RUSUHAN DI ROHINGYA
Pada 2012, dakwaan rogol dan bunuh seorang wanita Rakhine Buddha berusia 27 tahun dan pembunuhan 10 jemaah Islam mencetuskan pergaduhan di antara Buddha dan Muslim di Arakan bermula pada 8 Jun. Provokasi terkemuka, Aye Chan dan Ko Ko Gui bekerjasama dengan pasukan keselamatan. Presiden Sein mengisytiharkan darurat kerana keganasan perkauman terjadi di antara Rohingya dan Rakhine.

2016
Dan baru-baru ini kejadian pembunuhan beberapa pegawai polis Myanmar menyebabkan konflik di Rakhine semakin tegang.

- Suspek-suspek telah dibunuh, kampung dibakar dan hubungan antara ekstrimis Buddha dengan komuniti Muslim Rohingya semakin parah.

- Penduduk kampung telah berpindah ke kampung berdekatan. Kehidupan mereka yang serba-serbi kekurangan kini musnah dijilat api.


13 fakta tentang orang Rohingya

1. Orang-orang Rohingya adalah minoriti muslim yang tinggal di Myanmar.
2. Walaupun sudah menduduki negara itu buat berkurun-kurun lamanya, Rohingya tidak diterima sebagai warganegara ataupun kumpulan etnik. Mereka adalah – tanpa negara.
3. Pelarian Rohingya mesti membuktikan diri mereka untuk diiktiraf sebagai warganegara
4. Beratus-ratus ribu warga Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak beberapa tahun ini disebabkan penganiayaan oleh pelampau Buddha.
5. Warga Rohingya tinggal di kedua-dua belah sempadan Myanmar-Bangladesh
6. Myanmar menawarkan kewarganegaraan kepada warga Rohingya, tetapi dengan syarat menukar bangsa mereka kepada Bangladeshi, yang bermaksud mereka berada di negara berkenaan secara tidak sah.
7. Bangladesh juga menolak bahawa mereka adalah Bengali dan menganiaya mereka.
8. Negara-negara di Asia Tenggara juga menutup mata terhadap krisis kemanusiaan ini.
9. Buat bertahun-tahun lamanya warga Rohingya telah diseludup melalui bukit-bukau Thailand dan ‘disorokkan’ di kem-kem sehingga wang tebusan mereka dibayar.
10. Penemuan terbaru menunjukkan sebuah kubur besar dipenuhi oleh orang-orang Rohingya
11. Kawalan ketat yang baru dijalankan di kawasan-kawasan serantau memaksa penyeludup menukar taktik, dan mengakibatkan ribuan pelarian terperangkap di atas bot.
12. Ketibaan warga Rohingya di perairan Asia Tenggara tidak diterima dengan baik, dan mereka dihalau, dengan tiada tempat untuk mendarat
13. Walaupun rayuan telah dibuat oleh PBB, tiada negara yang sanggup menerima Rohingya.

CARA MEMBANTU ROHINGYA
Di Malaysia kita ada pertubuhan Rohingya Society in Malaysia (RSM) sendiri. Selain itu banyak NGO yang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana. Antaranya:-

MARILAH MENYUMBANG untuk TABUNG KECEMASAN ROHINGYA melalui akaun;

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
- Maybank Islamic (5642 5856 0698)
- Bank Islam (1209-20100-34904)
- CIMB (8602-135-592)

Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@mycare.org.my atau WA/Telegram ke 0196551948

***
Muslim Care Malaysia
Media Prima



RUJUKAN:
Facebook the vocket | Laman web the vocket (Human Rights Watch, DVB, NY Times, Islam, Syed; Islam, Serajul (2007). “Chapter 16, State Terrorism in Arakan”.) | Wikipedia, FMT, Dunia tempo, Candrawiguna, nusanews, islamidia

Tentang update terkini di Rohingya boleh rujuk di sini: 
Jom! Kita bantu dengan menderma dan terus mendoakan serta terus mengambil berat terhadap satu sama lain. Moga dipermudahkan mereka mendapat hak dan bantuan. Insya-Allah. Apapun, moga mereka teruskan perjuangan! 
Ameen.


Fast Download


Demikianlah Artikel Kenapa & ada apa dengan Rohingya?

Sekianlah artikel Kenapa & ada apa dengan Rohingya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa & ada apa dengan Rohingya? dengan alamat link https://cheatterbaru2.blogspot.com/2016/11/kenapa-ada-apa-dengan-rohingya.html