Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua?
Rabu, 19 April 2017
birthday wishes,
buku konfesi,
catatan,
hari jadi,
Nota hari lahir,
pengalaman,
Penulisan,
perkongsian,
Puisi,
sahabat,
TENTANG ANEM =)
Edit

Judul : Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua?
link : Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua?
Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua?

Hari lahir adalah hari peribadi. Ada yang teruja menyambut. Ada juga yang tak suka (kerana pengalaman). Namun ia adalah manifestasi syukur kita kerana masih hidup dan ada urusan dunia yang belum lagi selesai.
Dalam usia yang makin bertambah, begitu banyak pencapaian yang kita dakap dan ada juga sesekali kejatuhan serta kehilangan. Alhamdulillah untuk semuanya.
Seperti orang lain, hendak juga saya tulis kenangan begitu dan begini di sini. Namun biarlah sebahagiannya menjadi simpanan sendiri.
Untuk setiap kejayaan sementara jangan sesekali membangga diri. Ada tanggungjawab dan amanah disertakan.
![]() |
Buku penulisan terkini saya dan kawan-kawan (Konfesi) dapatkannya di @bukugaraj |
Untuk setiap jatuh dan kegagalan adalah ruang untuk memperbaiki diri. Dan jangan takut untuk mencuba lagi.
"Kita tak boleh pandang hina pada cara hidup seseorang. Sebab kita tak tahu penghujung hidupnya dan kita nanti bagaimana."
- USTAZ AHMAD SHUKRI YUSOFF (TanyalahUstaz)
Teruskan jadi manusia bermanfaat, sabar dan ikhlas. Kerana di akhirnya semua perbuatan kita, Tuhan akan balas.
Masa adalah bukti kesementaraan. Dalam detik berbaki, berapa wujud lagi amal yang akan mampu meneduh?
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).
(- Sumber)
Terima kasih buat keluarga di sisi. Terima kasih buat semua yang masih bertahan lagi. Terima kasih untuk yang sudi beri ucapan di twitter, facebook, instagram, whatsapp dan SMS. Dan untuk yang masih mengingati dan mendoakan. Moga baik-baik saja untuk semuanya.
![]() |
*Nukilan Litte Strong |
Kerana kesempurnaan bukan milik kita, marilah sentiasa muhasabah, saling menasihati dan mendoakan. Maaf jika saya pernah melukakan sesiapa. Moga kejayaan milik semua kita. Insya-Allah. Ameen.
Wallahualam.

Demikianlah Artikel Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua?
Sekianlah artikel Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hari lahir: gembira dirai atau sedih menua? dengan alamat link https://cheatterbaru2.blogspot.com/2017/04/hari-lahir-gembira-dirai-atau-sedih.html